ARTICLES

APA YANG SEBENARNYA ANDA BAYAR KEPADA SEORANG DESIGNER

Apabila anda mengupah seorang pereka untuk merekabentuk sesuatu, anda akan dikenakan sejumlah harga tertentu bagi bayaran perkhimatan rekabentuk itu, mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa harga untuk satu-satu rekabentuk itu mahal padahal rekabentuknya ringkas saja! ini berlaku mungkin kerana anda tidak tahu proses-proses yang dilalui seorang design untuk menghasilkan sesuatu rekabentuk. Berikut merupakan perkara-perkara sebenar yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk :

1. PERALATAN - 'kos yang tinggi untuk membeli set lengkap sebuah komputer', Peralatan utama dalam merekabentuk pada zaman sekarang ialah sebuah komputer. tetapi komputer yang digunakan mestilah sebuah komputer yang berpretasi tinggi setaraf komputer untuk permainan video bagi menyokong perisian-perisian rekabentuk yang 'berat'. Kos sebuah komputer lengkap untuk melancarkan proses merekabentuk selalunya melebihi RM 3000. selain itu, untuk pereka dalam bidang animasi atau pereka yang melibatkan perisian 3D, kos sesebuah komputer yang digunakan lebih tinggi. dan untuk satu set lengkap komputer dengan pencetak, pengimbas dan 'graphic tablet' boleh mencecah sehingga RM10 000. jadi, bayaran yang dikenakan bukan sahaja untuk membayar rekabentuk tersebut, tetapi merangkumi bayaran 'sewa' peralatan.

2. PROSES MEREKABENTUK - 'rekabentuk yang ringkas tidak semestinya ringkas prosesnya', sesuatu rekabentuk tidak terus direka mengunakan komputer, sebaliknya ia bermula dengan merangka proses rekabentuk itu terlebih dahulu. seterusnya kajian berkaitan dia jalankan, kajian selalunya meliputi konsep, asas rekabentuk, rekabentuk persaing (jika ada), warna yang akan digunakan, dan sebagainya. kemudian lakaran di atas kertas akan buat dan ia akan dilakukan sebanyak mungkin sehingga rekabentuk terbaik terhasil. lakaran-lakaran yang terbaik ini kemudiannya dilukis semula dan diwarnakan menggunakan komputer. selepas kekemasan dibuat. barulah rekaan tersebut diserahkan kepada pelanggan untuk disemak. sekiranya pelanggan tidak berpuas hati, rekabentuk itu akan dibaiki atau kemungkinan akan direka semula.

3.IDEA - 'rekanbentuk yang hebat, datang dari idea yang hebat'. Untuk menjadi seorang pereka yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran mengenai grafik dan berkaitan rekabentuk yang tinggi. Idea dan kemahiran yang hebat datang dari pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran atau pengalaman seseorang pereka itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

4. MASA - 'Mengejar Deadline '. sesuatu rekaan mungkin mengambil masa barhari-hari untuk disiapkan. masa yang digunakan inilah termasuk didalam bayaran tersebut. pelanggan bukan saja membeli rekaan malah membeli masa pereka itu. selalunya seseorang pereka terikat dengan satu masa untuk menyiapkan sesuatu rekaan. jadi masa amat penting bagi seseorang pereka.

5. NILAI REKAAN - 'Setiap seni ada nilainya'. Anda menggunakan perkhidmatan pereka kerana ingin mendapatkan satu rekaan yang lain ari yang lain dan mengikut kehendak anda. Oleh itu, pereka akan mereka mengikut garis panduan dari pelanggan itu sendiri. Dan rekaan khas inilah yang termasuk didalam bayaran yang dikenakan


 APA ITU LOGO??

Logo adalah imej pembayang atau simbolik, suatu tanda nama yang mewakili asal usul, pengenalan sesuatu organisasi syarikat atau barangan. logo diset dalam bentuk, warna, dan tulisan tertentu yang menmaparkan identiti sesuatu syarikat. beneuk, warna dan tulisan ini berfungsi sebangai pencetus satu ingatan orang ramai terhadap sesuatu syarikat atau barangan.

logo merupakan elemen penting dalam penjenamaan dan logo serta identiti yang kuat dalam menarik keyakinan pelanggan dan seterusnya menonjolkan kekuatan sesubuah perniagaan atau berangan