2/17/2010
LOGO MACAM MANA YANG SESUAI ERK??
logo mempunyai 3 jenis logo. iaitu dengan bahasa yang mudahnya,3 jenis logo ni adalah,
Logo jenis Text/Logotype/Wordmark pula sesuai jika sesuatu syarikat itu mempunyai satu nama atau perkataan yang sedap dibaca atau ringkas. ia juga sesuai jika nama itu dapat mengambarkan mengenai sesuatu syarikat contohnya seperti Cafe Ahmad yang jelas menunjukkan ia sebuah kedai makanan dan minuman. Walaubagaimana pun, sesetengah bentuk tulisan pada sesuatu logo text dapat memaparkan jenis syarikat. contoh logo jenis Text/Logotype/Wordmark:
Logo Simbol/iconic/Symbolic selalunya digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan nama syarikat tersebut sudah terpahat di ingatan orang ramai contohnya seperti Petronas, KFC dan sebagainya. Logo-logo syarikat ini dapat dikenali dengan hanya simbolnya sahaja. seperti McDonalds yang hanya dapat dikenali dengan huruf M yang direka khas.
- Logo Text/Logotype/Wordmark (logo yang menggunakan text sebagai logo sesuatu syarikat)
- Logo Simbol/iconic/Symbolic (menggunakan simbol sebagai logo)
- Logo Gabungan/Combination Marks (menggabungkan simbol & text menjadi satu logo)
Logo jenis Text/Logotype/Wordmark pula sesuai jika sesuatu syarikat itu mempunyai satu nama atau perkataan yang sedap dibaca atau ringkas. ia juga sesuai jika nama itu dapat mengambarkan mengenai sesuatu syarikat contohnya seperti Cafe Ahmad yang jelas menunjukkan ia sebuah kedai makanan dan minuman. Walaubagaimana pun, sesetengah bentuk tulisan pada sesuatu logo text dapat memaparkan jenis syarikat. contoh logo jenis Text/Logotype/Wordmark:
2/15/2010
APA ITU LOGO??
Logo adalah imej pembayang atau simbolik, suatu tanda nama yang mewakili asal usul, pengenalan sesuatu organisasi syarikat atau barangan. logo diset dalam bentuk, warna, dan tulisan tertentu yang menmaparkan identiti sesuatu syarikat. bentuk, warna dan tulisan ini berfungsi sebangai pencetus satu ingatan orang ramai terhadap sesuatu syarikat atau barangan.
logo merupakan elemen penting dalam penjenamaan dan logo serta identiti yang kuat dalam menarik keyakinan pelanggan dan seterusnya menonjolkan kekuatan sesubuah perniagaan atau berangan
2/14/2010
LATAR BELAKANG
Seniyati ditubuhkan pada 9 Semtember 1985 oleh Allahyarham Hj. Muhammad Bin Hj.Embi, berkelulusan seni reka grafik dari ITM (UiTM) dan bertugas sebagai pereka grafik di Unit Penasihatan dan Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia. Seniyati memulakan perniagaan di Pesta Pulau Pinang dengan membawa produk dengan gaya tersendiri bertemakan Blues dan Jazz serta berkonsepkan keluaran terhad (Limited Edition). Menggunakan seni cetakan tangan pada semua produk yang di keluarkan menjadikan produk Seniyati lebih eksklusif dan menarik
Seniyati telah dianugerahkan beberapa anugerah antaranya anugerah gerai pengunjung ramai di Pesta Pulau Pinang, anugerah gerai berhias tertutup Pesta Pulau Pinang dan sebagainya. Hj. Muhammad sendiri pernah memenangi tempat pertama pertandingan cipta logo Mempelam Perlis (1987) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis. Kedua-dua logo ini digunakan sehingga hari ini. selain produk bertemakan Blues dan Jazz, Seniyati juga aktif mengeluarkan produk bertemakan Pop Art dengan memaparkan tempat-tempat pelancongan di utara semenanjung seperti Pulau Pinang, Kedah dan Langkawi yang dipasarkan di beberapa event dan tempat-tempat pelancongan.

Subscribe to:
Posts (Atom)