2/14/2010

LATAR BELAKANG

Seniyati ditubuhkan pada 9 Semtember 1985 oleh Allahyarham Hj. Muhammad Bin Hj.Embi, berkelulusan seni reka grafik dari ITM (UiTM) dan bertugas sebagai pereka grafik di Unit Penasihatan dan Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia. Seniyati memulakan perniagaan di Pesta Pulau Pinang dengan membawa produk dengan gaya tersendiri bertemakan Blues dan Jazz serta berkonsepkan keluaran terhad (Limited Edition). Menggunakan seni cetakan tangan pada semua produk yang di keluarkan menjadikan produk Seniyati lebih eksklusif dan menarik

Seniyati telah dianugerahkan beberapa anugerah antaranya anugerah gerai pengunjung ramai di Pesta Pulau Pinang, anugerah gerai berhias tertutup Pesta Pulau Pinang dan sebagainya. Hj. Muhammad sendiri pernah memenangi tempat pertama pertandingan cipta logo Mempelam Perlis (1987) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis. Kedua-dua logo ini digunakan sehingga hari ini. selain produk bertemakan Blues dan Jazz, Seniyati juga aktif mengeluarkan produk bertemakan Pop Art dengan memaparkan tempat-tempat pelancongan di utara semenanjung seperti Pulau Pinang, Kedah dan Langkawi yang dipasarkan di beberapa event dan tempat-tempat pelancongan.