2/17/2010

LOGO MACAM MANA YANG SESUAI ERK??

logo mempunyai 3 jenis logo. iaitu dengan bahasa yang mudahnya,3 jenis logo ni adalah,
  1. Logo Text/Logotype/Wordmark (logo yang menggunakan text sebagai logo sesuatu syarikat) 
  2. Logo Simbol/iconic/Symbolic (menggunakan simbol sebagai logo)
  3. Logo Gabungan/Combination Marks (menggabungkan simbol & text menjadi satu logo)
Apa jenis logo yang sesuai dengan syarikat anda.?? bagi syarikat yang baru bertapak. Logo jenis Gabungan/ Combination Marks adalah yang paling sesuai. Ini kerana simbol pada logo dapat menjadi identiti kepada sesuatu syarikat, simbol pada logo selalunya merupakan simbolik kepada jenis perniagaan atau produk sesuatu syarikat. Text pada logo pula dapat mengukuhkan lagi logo tersebut. text ini akan berfungsi nama syarikat dan dapat mencetuskan ingatan orang ramai terhadap logo tersebut. logo jenis ini sesuai untuk syarikat baru kerana gabungan text dan simbol ini memberikan satu mesej yang kuat mengenai jenis perniagaan sesuatu syarikat kepada orang ramai. contoh-contoh logo Combination Marks:

Logo jenis Text/Logotype/Wordmark pula sesuai jika sesuatu syarikat itu mempunyai satu nama atau perkataan yang sedap dibaca atau ringkas. ia juga sesuai jika nama itu dapat mengambarkan mengenai sesuatu syarikat contohnya seperti Cafe Ahmad yang jelas menunjukkan ia sebuah kedai makanan dan minuman. Walaubagaimana pun, sesetengah bentuk tulisan pada sesuatu logo text dapat memaparkan jenis syarikat. contoh logo jenis Text/Logotype/Wordmark:

Logo Simbol/iconic/Symbolic selalunya digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan nama syarikat tersebut sudah terpahat di ingatan orang ramai contohnya seperti Petronas, KFC dan sebagainya. Logo-logo syarikat ini dapat dikenali dengan hanya simbolnya sahaja. seperti McDonalds yang hanya dapat dikenali dengan huruf M yang direka khas.